PROSEDUR TEMPAHAN


TEMPAHAN BAJU 
( KAIN DARI IEMANEEDLEWORK )

1. Pilih kain yang anda minat di dalam album kain pasang IEMANEEDLEWORK.. Harga yang ditawarkan termasuk kos pos kecuali jika tidak dinyatakan.

2. SMS kan kod kain yg anda minat dan buat pembayaran untuk kain yang ingin dijahit. (Untuk mengelakkan dari terjadinya..dah siap jahit tetiba tak jadi.) 

3. Poskan baju contoh yang sedap dipakai kepada kami untuk ambil ukuran ATAU jika anda pernah tempah baju disini boleh ambil sukatan yg sedia ada... (SMS saya untuk dapatkan alamat semasa)

4. Tempahan anda akan diproses.

5. Tempahan akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan ke atas ( a-z saya buat sendiri )..bergantung juga kepada jumlah tempahan yg dibuat dan tempahan yg sedia ada. Tempahan dibuat mengikut giliran ye.

6. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah tempahan siap serta jumlah bayaran yang dikenakan.

7.Buat bayaran dan SMS kan details pembayaran dengan segera serta nama,alamat lengkap & no telefon utk proses penghantaran... Kain sedia untuk dipos terus ke alamat anda. 


>>>>>>>>>>> ATAU <<<<<<<<<<<



TEMPAHAN BAJU 
( KAIN SENDIRI )


1. Poskan kain ela dan baju contoh yang sedap dipakai kepada kami. (SMS saya untuk dapatkan alamat semasa)

2. Sertakan sekali details anda didalam bungkusan anda seperti nama, alamat lengkap, no telefon.


3. Setelah bungkusan anda diterima, kami akan maklumkan kepada anda melalui SMS.

4. Tempahan anda akan diproses.

5. Tempahan akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan ke atas ( a-z saya buat sendiri )..bergantung juga kepada jumlah tempahan yg dibuat dan tempahan yg sedia ada. Tempahan dibuat mengikut giliran ye.

6. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah tempahan siap serta jumlah bayaran yang dikenakan.

7.Buat bayaran dan caj penghantaran akan dikenakan sama seperti caj yg anda kirim kepada kami.

8.SMS kan details pembayaran dengan segera..dan kain sedia untuk dipos terus ke alamat anda.




 Kami menggunakan khidmat POS LAJU .. Penghantaran tempahan siap hanya dilakukan pada hari isnin - khamis (kecuali cuti am)..